Search

Loading...

Wednesday, 5 October 2011

Nota Ekonomi Asas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Nota Ekonomi Asas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

http://ekonomiasasonline.blogspot.com/p/ekonomi-asas-tingkatan-4.html


NOTA EA TING 4





 JENIS PENDAPATAN INDIVIDU

1.  Pendapatan individu  -ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh seseorang individu
     dalam suatu tempoh masa tertentu
2.  Terbahagi kepada : Upah,sewa,faedah ,untung dan bayaran pindahan

3.   Rumus :   Pendapatan individu = Upah + sewa+ faedah +untung+ bayaran pindahan

A) UPAH –Ganjaran kepada Buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental
                  a) Upah nominal (upah wang ) –upah yang dinyatakan dalam wang semasa
                      LATIHAN : Andai kadar upah sehari seorang buruh ialah RM30 dan jika buruh 
                      bekerja  20 hari dalam tempoh sebulan ,berapa upah nominal bagi buruh ?
                      ________________
                  b) Upah benar ialah jumlah barangan  yang dapat dibeli oleh upang wang
                      Rumus :   Upah wang
                                   Harga Purata barang
LATIHAN  1:
TAHUN
UPAH WANG
HARGA BARANG X
HARGA BARANG Y
HARGA PURATA
UPAH BENAR
1985
1200
1.00
2.00


1990
1500
1.20
2.30


1995
1800
1.50
2.80


2000
2100
1.90
3.50


LATIHAN 2:
Upah wang Encik Ali ialah RM1000 sebulan. Beliau bercadang untuk membeli tiga barang seperti berikut : Barang X= RM10, Barang Y =RM5, Barang Z= RM15.
Hitungkan upah benar Encik Ali ?_______________________________

B) FAEDAH  - ganjaran kepada pemilik modal wang

      Rumus : Jumlah simpanan  X kadar faedah X tempoh simpanan
LATIHAN 1:
Encik Bakar mempunyai RM5 000 yang disimpan  dalam akaun simpanan tetap dengan BSN  untuk tempoh 3 bulan. Berapakah jumlah faedah yang akan diterima oleh Encik Bakar jika kadar faedah bank ini ialah 4 % setahun ?


LATIHAN 2:
Cik Lily menyimpan RM5000 di RHB untuk tempoh setahun.Kadar faedah yang ditawarkan ialah 9 % setahun ? ____________________________





c)  UNTUNG –Ganjaran kepada  usahawan yang menanggung risiko dalam mengurus
                         perniagaan

     Rumus :  Untung =  Jumlah hasil – Jumlah Kos

LATIHAN 1 :
Jumlah hasil sebuah firma perkilangan ialah RM10 000 dan kos firma ini terdiri daripada kos bahan mentah RM3500,kos buruh RM1 600,kos bahan api RM2 000, dan bayaran sewa RM1 500.Hitungkan Keuntungan firma ? _______________________

LATIHAN 2:
Pak Daud memiliki ladag ternakan ayam dan beliau menternak 5000 ekor ayam diladangnya.Kos pengeluaran untuk seekor ayam ialah RM1.90.Beliau menjual ayam berkenaan pada harga RM3.50 seekor? Berapakah keuntungan ?_____________

D) DIVIDEN – pulangan wang kepada individu yang membuat pelaburan dalam unit
                          amanah saham dan syer
      E) SEWA - ganjaran kepada pemilik harta apabila hartanya disewakan 
                            kepada orang lain 
F)  BAYARAN PINDAHAN – pendapatan yang diterima oleh individu yang tidak
       memberi sumbangan pengeluaran . Contoh : pencen,biasiswa,bantuan kewangan
      ,duit saku,subsidi

     SUMBER(PUNCA) PENDAPATAN INDIVIDU

A) BEKERJA SENDIRI –  mempunyai modal dan sanggup menerima risiko
                                               Contoh  peniaga, professional seperti doktor,peguam,petani
B) BEKERJA DENGAN ORANG LAIN –menerima gaji daripada pihak majikan  .
                                                                       bekerja dengan sektor swasta atau kerajaan
C) PUNCA PENDAPATAN LAIN – termasuklah pencen jika bersara, sewa jika
      memiliki harta, faedah jika mempunyai simpanan bank dan dividen jika memiliki
      saham

LATIHAN :
PEKERJAAN
PERATUS
PESARA
KAKITANGAN KERAJAAN
BEKERJA DIKILANG BAJU
MENGUSAHAKAN TANAH SENDIRI
JURUJUAL DI PASARAYA
PENIAGA
5
10
30
50
2
3
 Berdasarkan kajian di atas,berapa peratus kah penduduk bandar itu bekerja dengan orang lain ?

  • FAKTOR PEMILIHAN SESUATU PEKERJAAN

  • 1) Upah - lumayan
  • 2) Suasana tempat kerja -selesa
  • 3) Faedah sampingan - bonus,subsidi makanan,kemudahan perubatan
  • 4) Minat- kecenderungan terhadap sesuatu pekerjaan
  • 5) Pengaruh keluarga - cenderung memilih pekerjaan yang diceburi oleh ahli keluarganya
  • 6) Pengalaman dan kemahiran -pengalaman lepas mempengaruhi pemilihan pekerjaan
  • 7) Jarak - dekat
  • 8) Prospek-peluang kenaikan pangkat
  • 9) Kelayakan akademik - memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik
  • 10) Keadaan ekonomi semasa -ekonomi meleset-pekerjaan terhad,ekonomi stabil=pekerjaan banyak


JENIS PEKERJAAN MENGIKUT SEKTOR 
EKONOMI

SEKTOR UTAMA
  • MELIBATKAN PENGELUARAN SECARA LANGSUNG DARIPADA ALAM SEMULAJADI TANPA MENGUBAHSUAI BENTUK BARANG
  • MELIBATKAN: PERTANIAN,PENTERNAKAN,PERIKANAN,PERHUTANAN,PERLOMBONGAN & KUARI
  • CONTOH PEKERJAAN :
  • PELOMBONG,PETANI,PENTERNAK,PELADANG,NELAYAN ,PEMBALAK
SEKTOR KEDUA

  • KEGIATAN MEMPROSES BAHAN MENTAH MENJADI BARANG SIAP ATAU BARANG SEPARUH SIAP
  • TERDIRI DARIPADA PERKILANGAN DAN PEMBINAAN
  • CONTOH PEKERJAAN :
  • OPERATOR PENGELUARAN,JURUTERA,BURUH BINAAN
SEKTOR KETIGA
  • SEKTOR PERKHIDMATAN
  • CONTOH PEKERJAAN : DOKTOR,JURURAWAT,GURU,POLIS ,TENTERA
 ian Masalah Asas Sistem Ekonomi
 4 SISTEM EKONOMI:
A) SISTEM EKONOMI KAPITALIS
  • dikenali sistem ekonomi pasaran bebas(laissez-faire)
  • pengguna sebagai raja
  • tiada campur tangan kerajaan
  • Contoh : USA, Hong Kong,UK
B) SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
  • dikenali sebagai sistem ekonomi sosialis
  • kerajaan berkuasa penuh
  • pengguna tiasa kuasa dan kebebasan
  • Contoh : Cuba,China
C) SISTEM EKONOMI CAMPURAN
  • gabungan antara tindakan kerajaan dan kuasa pasaran
  • wujud akibat kelemahan kapitalis dan perancangan pusat
  • Contoh : Malaysia,Singapura,Thailand
D) SISTEM EKONOMI ISLAM
  • berdasarkan prinsip islam dan hukum syarak
  • matlamat: kebahagian dunia dan akhirat
  • Contoh Arab Saudi,Kuwait,Iran
 MASALAH ASAS EKONOMI
TERDAPAT EMPAT MASALAH ASAS EKONOMI:

1) APA YANG HENDAK DIKELUARKAN
-penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaran

2) BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN
-penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaran

3) BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
-penentuan cara pengeluaran barang
-cara yang paling cekap
sama ada intensif buruh atau intensif modal
-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kos

4) UNTUK SIAPA DIKELUARKAN
- penentuan corak agihan barang
-mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna

JENIS-JENIS BARANG
 
BARANG EKONOMI
  • dikeluarkan oleh pihak swasta
  • penawaran terhad
  • ada bayaran
  • ada kos lepas
  • Contoh :kereta,perabot
BARANG PERCUMA
  • Anugerah alam semulajadi(ciptaan Allah)
  • penawaran tidak terhad
  • tiada bayaran
  • tiada kos lepas
  • Contoh : matahari,udara,angin
BARANG AWAM
  • disediakan oleh kerajaan
  • penawaran terhad
  • tiada pengecualian untuk menggunakannya
  • ada kos lepas
  • Contoh : jalan raya,lampu isyarat,perkhidmatan polis
CONTOH SOALAN

1) BEZAKAN AIR MINERAL DENGAN AIR HUJAN
2) HURAIKAN CIRI -CIRI BARANG AWAM
3) BEZAKAN JALAN RAYA DAN LEBUH RAYA

MASALAH EKONOMI
UNIT-UNIT EKONOMI
KEKURANGAN
PILIHAN
KOS LEPAS
ISI RUMAH
Pendapatan atau wang yang terhad(kehendak tidak terhad)
Contoh : wang yang ada hanya cukup untk membeli kasut sukan atau buku rujukan
Memilih barang atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan
Samada membeli buku rujukan atau membeli kasut sukan
Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang terbaik
Kos lepas bagi kasut sukan ialah buku rujukan





FIRMA
Faktor pengeluaran yang terhad (Buruh,Tanah ,Modal)


Memilih Keluaran yang memaksimmkan keuntungan



Samada memilih mengeluarkan tv atau radio
Projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan



Kos lepas bagi tv adalah radio





KERAJAAN
Sumber hasil kerajaan terhad

Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan


Samada memilih membina hosp
ital atau sekolah

Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan



Kos lepas bagi hospital ialah sekolah

PENGERTIAN EKONOMI
  • EKONOMI - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
  • Sumber -sumber terhad : Buruh,Tanah , Modal,Usahawan
1. Buruh: Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia
 
Ganjaran : Upah
 
2. Tanah : alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan
Ganjaran : Sewa
 
3. Modal : Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
                                        
Ganjaran : Faedah

 4. Usahawan : Individu yang menggabungkan Buruh,Tanah dan Modal untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan
                                                 
Ganjaran : Untung

No comments:

Post a Comment